PROGRAM KESEDARAN PENGGUNA BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG AIR CHANAL TANAH MERAH KELANTAN

 

TANAH MERAH 30 Jul : Seksyen Pendayaupayaan Pengguna KPDNHEP Kelantan dan Gerakan Pengguna Daerah, Tanah Merah hari ini telah menganjurkan Program Kesedaran Pengguna bersama Komuniti Kampung Air Chanal, Tanah Merah.
Dalam pada itu juga dengan kerjasama Pejabat KPDNHEP Cawangan Tanah Merah program berlangsung bertempat di Padang Awam Kg Air Chanal, Tanah Merah, Kelantan.
Objektif pelaksanaan bagi memberi kesedaran kepenggunaan kepada masyarakat dalam menangani kos sara hidup dan beban rakyat, menyebar luas peranan KPDNHEP kepada masyarakat luar bandar dan mengeratkan kerjasama di antara agensi kerajaan dengan masyarakat.
Program telah bermula jam 2.00 petang dan satu taklimat kepenggunaan disampaikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Azizi bin Abdul Kadir, Ketua Cawangan KPDNHEP Kelantan Tanah Merah kepada semua penduduk kampung disini hari ini.
Program diadakan bagi menyedarkan Pengguna mengenai hak-hak pengguna serta memupuk silaturahim, semangat dan kerjasama diantara penduduk komuniti dan warga kerja KPDNHEP Kelantan.
Turut diadakan sukaneka penduduk komuniti di Padang Awam Kg Air Chanal, Tanah Merah, Kelantan.
Turut hadir bersama YB. Dato’ Haji Mohd Adhan bin Kechik, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Bunga, YBrs. Tuan Jibnurdin bin Saharudin, Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, KPDNHEP Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …