PROGRAM MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI SABAH MELALUI PEJABAT WILAYAH TAWAU BERSAMA KOMUNITI KG. KUNAK JAYA, KUNAK

Kunak Sabah : 30 Julai 2022: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah melalui Pejabat Wilayah Tawau telah mengadakan Program Bersama komuniti  di Kg. Kunak jaya, Kunak.  Program tersebut melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesehatan Daerah Kunak, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Program tersebut diadakan bertujuan menyampaikan mesej kepada masyarakat setempat bahawa tanggungjawab menjaga keselamatan negara bukan terletak di bahu kerajaan melalui dasar kepolisian dan dasar ketenteraan semata- mata tetapi perlu juga digalas bersama oleh segenap lapisan masyarakat.

Program ini juga mengajak rakyat bersama-sama terlibat dalam memelihara keselamatan melalui konsep Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti yang mengandungi 5 komponen iaitu setiap individu dalam komuniti, penggerak utama komuniti, sukarelawan, wakil kerajaan dalam komuniti dan media.

Program tersebut juga turut menyediakan pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Daerah secara percuma kepada penduduk kampung serta demonstrasi berkaitan tatacara memadamkan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung dan dimeriahkan lagi dengan kehadirian agensi kerajaan yang berkaitan.

#Dknmy

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …