PAMERAN PENCEGAHAN DADAH BERSAMA KOMUNITI DI DAERAH BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Barat Daya telah mengadakan pameran di Perkarangan Giant Bayan Baru bersempena dengan Karnival Usahawan @ Barat Daya dan Karnival Rakyat @ Batu Maung. Pameran pencegahan dadah di karnival seperti ini dapat membantu AADK dalam menyampaikan maklumat tentang bahaya dadah disamping memperkenalkan inisiatif AADK dalam memerangi dadah di dalam komuniti.

Aktiviti melibatkan komuniti merupakan aktiviti yang berintegrasi di setiap peringkat iaitu komuniti dan agensi kerajaan dalam memastikan negara terpelihara dari sebarang ancaman, sekali gus menjamin Malaysia terus kekal berdaulat, aman dan sejahtera.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.

Serentak itu, jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, khususnya di Daerah Barat Daya boleh terus menghubungi AADK Barat Daya di talian 04-8691800.

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …