MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri pada pagi ini merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022. Sambutan kali ini diadakan secara meriah dengan berkonsepkan terbuka (outdoor) serta melibatkan penyertaan Keluarga Malaysia melalui program ‘Berjalan Teguh Bersama’, dan Konvoi Kembara Keluarga Malaysia 2022 (KKM 2022).

Program ‘Berjalan Teguh Bersama’ yang diadakan ini membawa mesej kebersamaan sejajar aspirasi Keluarga Malaysia dan semangat perpaduan, dengan anggaran penyertaan 15,000 orang Keluarga Malaysia, yang berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer bersama keluarga.

Program ini disertai oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022; YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi); YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); serta lain-lain barisan Jemaah Menteri.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.

Keluarga Malaysia yang hadir memeriahkan pelancaran ini turut dihiburkan dengan persembahan muzik Irama Gema Asal, Irama Borneo, persembahan artis jemputan serta Pameran Kenegaraan iaitu ‘Dasawarsa Kemerdekaan’, pancaragam sekolah, penampilan maskot-maskot kegemaran kanak-kanak seperti Upin Ipin, badut belon dan lain-lain.

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Perdana Menteri

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …