JANGAN JADIKAN AGAMA BAHAN JENAKA – TITAH YDP AGONG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kesucian agama di negara ini perlu sentiasa dipelihara dan dihormati pada sebilang masa. Al-Sultan Abdullah bertitah, jangan ada mana-mana pihak sesekali memperkecil, menghina dan mempersenda agama, semata-mata atas nama kebebasan bersuara.

Agama bukanlah satu perkara untuk bergurau senda dan dijadikan bahan jenaka. Baginda khuatir, perbuatan sedemikian bakal menyemarakkan api perkauman dan meruntuhkan ikatan perpaduan antara semua kaum yang sudah terbina sejak sekian lama, titah baginda sempena Sambutan Maal Hijrah 1444

Justeru, mengambil keberkatan kedatangan tahun baharu hijrah, baginda menyeru seluruh rakyat memelihara nikmat dan rahmat sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat ini. Baginda juga bertitah, sejarah peristiwa hijrah ini perlu dijadikan asas dalam melestarikan semangat perpaduan dan kemakmuran kaum di negara ini.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …