KESELAMATAN KANAK-KANAK DALAM KENDERAAN: KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK (CRS)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Ketahanan Rakyat)

Kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) merupakan kerusi yang direka khas untuk keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan. CRS berfungsi untuk mengurangkan risiko kecederaan parah kepada kanak-kanak semasa nahas jalan raya apabila dipasang dengan betul.

Tahukah anda bahawa undang-undang pemakaian CRS telah diwartakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Akta Pengangkutan Jalan 1978 – Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar)(Pindaan) 2019.

Mulai 1 Januari 2020, undang-undang pemakaian CRS telah dilaksanakan ke atas kenderaan persendirian. Undang-undang di Malaysia menyatakan kerusi keselamatan kanak-kanak perlu mematuhi standard United Nation Regulation (UNR), iaitu R44 atau R129 dan kriteria anak-kanak ialah yang mempunyai berat kurang 36 kg, atau ketinggian kurang 136 cm atau berumur kurang 12 tahun.

Penggunaan CRS juga perlu mematuhi tiga (3) aspek berikut:
1. Jangan pasangkan CRS pada tempat duduk hadapan jika terdapat beg udara penumpang yang aktif;
2. Jangan ubah suai CRS kanak-kanak atau tali pinggang keledar; dan
3. Sentiasa pasangkan abah-abah (harness) pada CRS kanak-kanak.

Kanak-kanak mungkin akan menangis ketika meletak mereka di kerusi keselamatan namun ingat, jangan anda menangis melihat mereka hilang dari penglihatan.

Kepentingan penggunaan CRS juga boleh dilihat melalui pautan yang berikut:
• Pengalaman seorang ibu yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya bersama anak kecilnya
• Kanak-Kanak tercampak keluar dari kenderaan
• Inilah yang berlaku sekiranya ibu bapa mengabaikan pemasangan CRS
• Kereta boleh dibaiki, anak tiada ganti
• Elakkan pemasangan CRS di tempat duduk hadapan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …