COVID-19: ANGKA JANGKITAN HARIAN KEMBALI MENURUN KE PARAS BAWAH 4,000 KES

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT
(Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Empat (4) lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam, walaupun angka jangkitan harian kembali menurun ke paras bawah 4,000 kes.

Dua korban baharu itu direkodkan di Selangor, manakala masing-masing satu di Melaka dan Perak. Satu daripada kematian juga direkod membabitkan kes BID atau kematian di luar fasiliti kesihatan.

Merujuk kepada laman COVIDNOW 3,926 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan semalam termasuk 23 kes import.

Perkembangan itu menjadikan kumulatif 4,668,139 jangkitan COVID-19 di seluruh negara sehingga tengah malam tadi, dengan 35,946 nyawa menajdi korban.

Namun begitu, sebanyak 3,542 kes sembuh dilaporkan semalam, di samping 47,286 kes aktif ketika ini.

Daripada kes itu, 45,657 menjalani pengasingan di rumah, diikuti 1,539 dirawat di hospital dan 30 lagi ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Selain itu, 60 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dari segi penggunaan katil ICU negara, sehingga kadar penggunaan adalah 60.2 peratus termasuk membabitkan kes bukan COVID-19.

Kedah merekodkan kadar penggunaan katil ICU tertinggi iaitu 76.3 peratus, diikuti Selangor (74 peratus), Johor (72.3 peratus), Labuan (71.4 peratus), Putrajaya (70 peratus), Kuala Lumpur (67.4 peratus), Kelantan (65.8 peratus), Perak (62.4 peratus), Melaka (59.8 peratus), Sabah (59.4 peratus), Negeri Sembilan (57.1 peratus) dan Pulau Pinang (50.8 peratus).

Sementara itu empat negeri mencatatkan penggunaan katil ICU di bawah 50 peratus iaitu Sarawak (47.9 peratus), Perlis (47.4 peratus), Terengganu (45.2 peratus) dan Pahang (36.7 peratus).

Maklumat lanjut boleh dirujuki di Berita Harian.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut