SESI TEMU BUAL KUMPULAN BERFOKUS KAJIAN INDEKS KESELAMATAN KEBANGSAAN BAGI NEGERI PULAU PINANG: SESI 3

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah melantik satu pasukan penyelidik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menjalankan kajian pemyelidikan khusus bagi membentuk dan mengukur Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK). Kajian penyelidikan ini menggunakan sembilan (9) Nilai Teras Keselamatan yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025.

Sebagai salah satu daripada kaedah penyelidikan, pasukan penyelidik daripada UiTM Negeri Pulau Pinang telah dilantik untuk melaksanakan sesi Temu Bual Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion-FGDs) dengan kerjasama strategik bersama Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang. Responden kajian bagi FGDs ini merupakan pegawai/ kakitangan daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi peneraju keselamatan yang terlibat dalam melaksanakan strategi yang digariskan mengikut setiap Nilai Teras Keselamatan.

FGDs bagi Nilai Teras Keselamatan Negara 3: Kesepaduan Nasional telah dijalankan pada 27 Julai 2022 di UiTM Cawangan Negeri Pulau Pinang yang melibatkan agensi-agensi seperti berikut:

1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional;
2. Universiti Sains Malaysia;
3. Jabatan Pendidikan Negeri;
4. Jabatan Sukarelawan Malaysia;
5. Jabatan Penyiaran;
6. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang; dan
7. Pejabat Penasihat Undang-Undang.

Artikel/Berita Terkini

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hari Pekerja …
Maklumat Lanjut

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif …
Maklumat Lanjut

CAKNA MEDIA SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK: MENJANA KESEDARAN DAN KESELAMATAN

Media sosial telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kita, mempengaruhi bagaimana kita berhubung, berinteraksi, dan menerima maklumat. Namun, kesan …
Maklumat Lanjut