PROGRAM ‘BE SAFE FEEL SAFE’ GAJET DAN INTERNET – PADAH ATAU INDAH ANJURAN YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH (MCPF) & LOCAL AGENDA 21 BRICKFIELDS

KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2022 – Bertempat di SK Brickfields 1, Jalan Sultan Abdul Samad Brickfields, Kuala Lumpur telah berlangsungnya program ‘Be Safe, Feel Safe’ anjuran MCPF dan LA21 Daerah Brickfields berkaitan Gajet dan Internet – Padah atau Indah.

Hadir ke program ialah ASP Anuar b. Mohd Noor, KC MPV IPD Brickfields, Insp Nazriana Fareha bt Ahmad, Pegawai Penyiasat BSJN, Tuan Hj. Rosli b. Nordin, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Bandaraya, Puan Siti Hajar Madina bt Mohd Zin, Pegawai Perancang Bandar LA21 DBKL, En. SK Naidu, Pengerusi MCPF Brickfields, En. Yathinthiran AL Saminathan, Setiausaha MCPF Brickfields, Puan Sabariah bt Ahmad, Guru Besar SK Brickfields 1 dan En Zuraimi b. Mahamud, Guru Besar SK Brickfields 2.

Program dimulakan dengan penyampaian ceramah oleh Insp. Nazriana Fareha berkaitan ‘buli di kalangan pelajar’ serta mengetahui tentang pentingnya menjaga keselamatan diri, menjauhi diri dari terjebak dengan perkara-perkara negatif serta berkongsi akibat dan hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah buli. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan jenis-jenis buli yang sering berlaku dikalangan pelajar sekolah termasuk kesan buli dan tindakan yang sepatutnya diambil sekiranya terlibat menjadi mangsa buli di hadapan lebih kurang 419 orang pelajar terdiri dari 3 buah sekolah, SK Brickfields 1, SK Brickfields 2 dan SK Methodist Girl School.

Program diteruskan dengan menjemput En Saiful Hamiuzzaman atau lebih dikenali sebagai Master Saiful dari KiCK Start Academy memberikan penerangan lebih terperinci berkaitan ‘Gajet dan Internet Parah atau Indah’. Antara nasihat dan peringatan yang disampaikan adalah pelajar-pelajar harus bijak menggunakan gajet serta melayari internet dalam mencari bahan rujukan agar tidak terjebak kepada pekara-perkara negatif dan pelajar dinasihatkan agar tidak terlibat dengan perbuatan jenayah semasa dalam sesi persekolahan, mahupun diluar masa persekolahan serta sekiranya ada maklumat kejadian jenayah atau salahlaku melibatkan masalah disiplin pelajar hendaklah dilaporkan kepada guru untuk tindakan lanjut oleh pihak sekolah.

Disamping itu juga, para pelajar berpeluang mengambil gambar dan melihat dengan lebih dekat aset-aset PDRM seperti Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta fungsi dan perananan unit ini dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat serta mengekalkan ketenteraman awam. Program berakhir pada jam 1.30 tengahari.

SUMBER: POLIS BRICKFIELDS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …