KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI SEMBILAN KE ATAS YBHG. PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

Seremban, 27 Julai 2022 – Sekitar kunjungan hormat Pengarah MKN Negeri Sembilan, Tuan Roslin Hisham bin Abd Hamid ke atas Pengarah Pendidikan Negeri, YBhg, Dato’ Haji Md Fiah bin Md Jamin di Pejabat Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Pertemuan dua hala ini adalah bertujuan untuk membincangkan jaringan kerjasama dan kolaborasi yang boleh dijalinkan secara bersepadu antara MKN Negeri Sembilan dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Tambahan, pelbagai perkara berkaitan hal ehwal keselamatan dalam sektor pendidikan turut dibincangkan bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan sejahtera kepada anak muda di sekolah-sekolah sekitar Negeri Sembilan secara khususnya.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan di atas kesudian menerima kunjungan hormat ini.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …