JPJ PULAU PINANG LAKSANA OPS TAPIS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Ops Tapis pada 27 Julai 2022 bertempat di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. Operasi ini diadakan secara bersama-sama PDRM iaitu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dengan kekuatan anggota seramai 24 orang.

Tujuan utama Ops Tapis ini diadakan adalah untuk mengesan pemandu-pemandu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah terutamanya kenderaan perdagangan dan lain-lain kesalahan lalu-lintas yang sering dilakukan.

Sepanjang Ops Tapis diadakan selama 3 jam, seramai 7 orang telah dikesan positif dadah oleh pihak PDRM. Tindakan saman atas pelbagai kesalahan juga telah dikeluarkan oleh JPJ dan JSPT.

Sumber : JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut