JPJ PULAU PINANG MENGANJURKAN WEBINAR KESELAMATAN JALAN RAYA KEPADA GOLONGAN MUDA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Program Safety Awareness and Focused Advocacy for Road Users bertajuk ‘Webinar Bersama Membudayakan Keselamatan Jalan Raya, Penunggangan Yang Selamat’ secara atas talian pada 26 Julai 2022.

Program ini merupakan kolaborasi bersama PLUS Kubang Semang dan disertai oleh para pelajar Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh. Pihak penganjur telah menjemput dua orang penceramah bagi menyampaikan taklimat berkaitan iaitu YBrs Tuan Adenan bin Md lsa, Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang dan YBrs En Nor Shamsul bin lsmail, Ketua Unit Trafik dan Keselamatan PLUS BERHAD.

Diharap penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan supaya pengguna jalan raya terutama golongan belia sentiasa peka terhadap isu keselamatan dan peraturan jalan raya yang berkuatkuasa semasa.

Sumber rujukan :

JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut