DENMARK NEGARA PALING BERSIH DI DUNIA!

Tahukah anda, Denmark adalah negara paling bersih di dunia (luar & dalam)! Duduk sebagai nombor 1 negara paling bersih di dunia bagi tahun 2022 adalah Denmark, dengan skor EPI 82.50. (Environmental Performance Index (EPI) adalah kayu ukur kebersihan sesebuah negara dari pelbagai faktor).

Faktor yang menyebabkan negara ini berjaya merangkul kedudukan tersebut adalah kerana ia menekankan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy). Sehingga 2022, Denmark hanya mempunyai jumlah penduduk 5,754,356 orang. Ia adalah bahagian paling selatan bagi negara-negara Scandinavia yang lain termasuk Finland, Norway, dan Sweden.Denmark bukan sahaja salah satu negara paling bersih di dunia. Negara ini juga duduk di ranking no. 2 dalam senarai negara paling gembira di dunia menurut tinjauan oleh Gallup World Poll. Menariknya, nampaknya orang Denmark boleh dikatakan mempunyai taraf hidup sosial paling baik di dunia. Selain itu, Denmark juga memegang satu lagi kualiti yang bagus. Statistik menunjukkan bahawa ia adalah negara paling kurang rasuah di dunia. Disebabkan negara mereka sangat bersih, kurang rasuah dan mempunyai kualiti hidup sosial paling cemerlang, tak hairanlah rakyat Denmark begitu gembira!

Negara kedua paling bersih ialah United Kingdom, ketiga Finland, keempat Malta dan kelima ialah Sweden.

Bagaimana dengan skor EPI Malaysia?

Malaysia kini berada di tangga ke-130 dari 180 buah negara, dengan hanya 35.0 mata

Negara yang berada di kedudukan paling bawah pula adalah India, dengan hanya 18.9 mata.

SUMBER: PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …