REKOD KEHADIRAN PELAJAR KE SEKOLAH DI PULAU PINANG MEMBIMBANGKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Tingkah Laku Sosio-Budaya)

KEHADIRAN PELAJAR KE SEKOLAH DI PULAU PINANG MAKIN MEROSOT

Jumlah kehadiran pelajar ke sekolah di Pulau Pinang dilaporkan merosot pada sesi tahun ini,  malah terdapat kelas yang mencatatkan kehadiran kurang 10 orang pelajar sahaja dalam sehari. Situasi itu agak membimbangkan dan mungkin akan menyebabkan lebih ramai pelajar yang tercicir dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim berkata, isu berkenaan perlu dipandang serius oleh masyarakat terutamanya ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan perkara tidak berfaedah yang mungkin boleh memusnahkan masa depan mereka.

Menurutnya, daripada maklumat yang diperoleh dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang merekodkan seramai 529 pelajar tercicir dan hanya datang ke sekolah pada hari tertentu seperti peperiksaan sahaja. Daripada jumlah itu, seramai 246 pelajar yang ditemui telah menyatakan tidak mahu lagi ke sekolah. Oleh itu, golongan remaja yang tidak minat untuk bersekolah diseru untuk mengikuti pelbagai program kemahiran dan keusahawanan yang ditawarkan oleh pelbagai institusi kerajaan demi masa depan mereka.

Sumber rujukan :

Sinar Harian dan MG

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …