LAPORAN PEMANTAUAN BEKALAN DAN KUTIPAN DATA HARGA HARIAN

KUALA LUMPUR, 26 JULAI 2022 – Pemantauan bekalan dan kutipan data harga harian bagi 186 item di 88 buah premis perniagaan terpilih di Kuala Lumpur telah dijalankan oleh Pegawai Pemantau Harga Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kuala Lumpur.

Kutipan data harga ini akan terus dikunci masuk dan dipaparkan setiap hari melalui aplikasi PriceCatcher bagi memudahkan pengguna membuat perbandingan harga sebelum berbelanja. Telah dilaksanakan pemantauan harga dan bekalan semasa bagi barangan keperluan asas di sekitar Parlimen Segambut serta beberapa perbandingan harga barang yang ditawarkan dengan harga yang lebih murah di premis-premis perniagaan melalui perkongsian pengguna aplikasi Price Catcher.

Muat turun aplikasi Price Catcher sekarang secara percuma di aplikasi Google Play Store atau App Store bagi memudahkan kita semua untuk membuat perbandingan harga sebelum berbelanja.

Jadilah pengguna bijak, pilihan di tangan kita semua.

 

SUMBER: KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …