KEM PENGUKUHAN KEPULIHAN KLIEN AADK WP

Kem Pengukuhan Kepulihan Klien Siri 2/2022 telah berlangsung selama 2 hari bermula 22-24 Julai 2022 bertempat di Impian Rimba Resort, Pangsoon, Hulu Langat melibatkan penyertaan seramai 27 orang klien dalam komuniti AADK Wilayah Persekutuan.

Pengisian kem ini berpandukan kepada Model i-Pulih AADK yang bersifat komprehensif dan holistik merangkumi aspek biologi, psikologi, sosial dan spiritual agar setiap klien kembali menjadi individu yang berfungsi selepas menjalani program rawatan pemulihan dalam komuniti dan seterusnya mengekalkan kepulihan dari masalah penagihan dadah.

Majlis perasmian penutup kem telah disempurnakan oleh Puan Siti Mariam binti Mursidan, Pengarah Rawatan Perubatan dan Pemulihan AADK. Turut hadir, Dr. Nazira binti Sadiron, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pemulihan Dalam Komuniti, Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan AADK.

 

SUMBER: AADK WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …