TAHNIAH WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN!

Indeks Kebahagian 2021 

PENDUDUK WILAYAH PERSEKUTUAN PALING BAHAGIA !

Negeri yang mencatatkan skor tertinggi bagi Indeks Kebahagiaan ialah Labuan, wilayah paling gembira dengan markah (9.29) diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (7.77) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (7.28)

Di Labuan semua komponen yang dinilai berada di tahap Sangat Bahagia dan paling tinggi dicatatkan dalam komponen penggunaan masa iaitu skornya mencecah 9.93.

Skor keseluruhan kebahagiaan negara dalam Indeks Kebahagiaan Malaysia 2021 (MHI) DOSM ialah 6.48 pada tahap Gembira. 13 komponen utama yang digunakan dalam mengukur kebahagiaan termasuklah daripada segi keluarga, amalan kerohanian, kesihatan, penggunaan masa, penyertaan sosial, dan perumahan serta alam sekitar. Komponen lain yang digunakan ialah persekitaran kerja, pendidikan, keselamatan awam, kebudayaan, pengalaman emosi, kemudahan komunikasi dan pendapatan.

SUMBER : KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …