PROGRAM SEMBANG TEH TARIK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA TERENGGANU BERSAMA PENGARAH KESELAMATAN NEGERI TERENGGANU

—————————————————————————————

KUALA TERENGGANU, 26 JULAI 2022

—————————————————————————————

Satu program bersama dengan mahasiswa dan mahasiswi IPTA telah diadakan pada 25 Julai 2022 bertempat di Quinara Al-Safir Resort. Program ini adalah bertujuan membincangkan isu-isu terkini dan permasalahan penuntut IPTA yang termasuk isu peningkatan kos sara hidup, kesihatan mental (semasa PKP) dan masalah sosial (LGBT dan sugarbaby) serta isu keselamatan awam penuntut IPTA.

Dalam sesi program kali ini, seramai 5 perwakilan dari Universiti Malaysia Terengganu (MPP UMT) dan 3 perwakilan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (MPP Unisza) telah turut serta bersama Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Terengganu

Para perwakilan juga turut didedahkan dengan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 secara ringkas serta penjelasan mengenai peranan dan tanggungjawab penuntut IPTA dalam memastikan keselamatan negara terjamin berlandaskan kepada 9 nilai teras.

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …