RANCANG HOSPITAL BESAR YANG BAHARU DI MELAKA

SERI NEGERI, 25 Julai – Kerajaan negeri mencadangkan kawasan Durian Tunggal sebagai lokasi pembangunan Hospital Besar Melaka yang baharu pada masa akan datang. Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kemudahan di atas tapak dicadangkan seluas 24 hektar itu dijangka dibina menjelang 2030 selepas Kompleks Rawatan Ibu dan Anak (KRIBA) siap.

Jelasnya, setakat ini kerajaan negeri memberi fokus kepada KRIBA di Kolej Kejururawatan Melaka yang dilengkapi 476 katil dan dijangka mula dibina pada 2025.

“Kerajaan negeri akan melaksanakan permohonan untuk mewujudkan Hospital Besar Melaka kepada kerajaan pusat dan cadangan itu akan diangkat selepas KRIBA siap dibina pada 2030. Apabila siap nanti, Hospital Melaka yang ada pada hari ini akan dijadikan Hospital Daerah Melaka Tengah,” katanya.

Menurutnya setakat ini kerajaan negeri sedaya upaya berusaha mengatasi kesesakan berlaku di Hospital Melaka dengan melaksanakan pelbagai pendekatan.

Antara langkah dijalankan adalah menempatkan pakar secara tetap di Hospital Alor Gajah dan Jasin berbanding pendekatan mengikut jadual mingguan sebelum ini.

Dr Muhamad Akmal berkata, selepas penempatan secara tetap pakar bedah, ortopedik, anestesi, patologi dan pelbagai kepakaran lain di dua hospital daerah berkenaan pesakit tidak lagi perlu ke Hospital Melaka.

“Setakat ini ada enam pakar di Jasin dan empat di Alor Gajah, jika pesakit dari Jasin yang ada temu janji dengan pakar tidak lagi perlu ke Hospital Melaka.

“Begitu juga pesakit di Alor Gajah, tidak lagi perlu ke Hospital Melaka, kerana sudah ada pakar di kedua-dua hospital berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, di sini, hari ini.

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut