TAHUKAH ANDA? : AKTIVITI MELIBATKAN HAIWAN YANG MEMERLUKAN LESEN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mewajibkan pihak yang ingin menjalankan empat (4) aktiviti membabitkan haiwan untuk mendapatkan lesen mulai 1 Januari 2022. Empat aktiviti tersebut adalah:
  1. Penginapan;
  2. Menunggang dan mengepung;
  3. Tempat perlindungan; dan
  4. Urusan jual beli haiwan hidup dalam kurungan.

Langkah tersebut adalah selaras dengan Seksyen 15 Akta Kebajikan Haiwan 2015, Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Fi Pelesenan) 2021.

Kewajipan pelesenan ini bagaimanapun tidak terpakai untuk pemilik haiwan kesayangan yang dipelihara di rumah.

Aktiviti lain yang memerlukan lesen daripada DVS adalah termasuk hotel dan spa untuk haiwan, kedai binatang peliharaan serta tempat perlindungan haiwan terbiar. DVS memberikan tempoh tangguh selama enam bulan kepada pemilik premis terbabit untuk mendapatkan lesen.

Permohonan lesen perlu dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://awa.dvs.gov.my, dan fi yang dikenakan ialah RM100 untuk tempoh setahun bagi setiap aktiviti manakala RM50 bagi pembaharuan lesen untuk tempoh tiga tahun.

Sebarang pelanggaran melibatkan akta dan peraturan terbabit boleh dikenakan penalti antara RM15,000 dan RM75,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semua pihak berkepentingan diseru agar memberikan kerjasama bagi mencapai objektif pelesenan tersebut dan seterusnya memastikan kebajikan haiwan menerusi aktiviti melibatkan haiwan terus terjamin.

Sumber Rujukan: Jabatan Perkhidmatan VeterinarΒ 

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut