PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN ASAS TEKNOLOGI PEMPROSESAN PRODUK PERIKANAN

????????, ?? ????? ????: DOF NS menerusi Cawangan Pengembangan dan Pemindahan Teknologi telah menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran Pemprosesan Produk Perikanan kepada 40 orang komuniti Kg. Siliau Baharu bertempat di tapak Pasar Sari Den, Kampung Siliau Baharu, Rantau.

Program in bertujuan memberi pendedahan kemahiran asas dan pengetahuan penyediaan produk perikanan berasaskan ikan yang dijamin bersih, berkualiti dan selamat dimakan bersama seisi keluarga. Antara produk yang dibuat demonstrasi termasuklah bebola ikan, kek ikan dan keropok lekor.

Tenaga pengajar terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari Pusat Pengembangan Perikanan Manjung, Perak iaitu Puan Norazlina binti Nordin selaku Ketua Pusat dan 2 orang kakitangan iaitu Encik Mohd Fauzan bin Rosli & Puan Norhazah binti Abd. Aziz.

Program ini telah disempurnakan oleh Puan Nur Hidaya Dmuliany binti Haji Mohd Sidek, Ketua Cawangan Akuakultur NS dan diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta terlibat. Turut hadir Tuan Muhammad Nizam bin Jusoh, Penghulu Mukim Rantau; dan Encik Abdul Halim bin Harun, Pengerusi MPKK Kampung Siliau Baharu.

Diharapkan program ini dapat membuka peluang yang meluas dalam usaha DOF melahirkan usahawan-usahawan baharu terutamanya golongan belia menceburi industri produk hiliran berasaskan ikan ini.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …