PULAU PINANG DESTINASI PILIHAN PELANCONGAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) memacu perkembangan positif dengan merekodkan peningkatan sebanyak 783 peratus jumlah penerbangan selepas negara membuka pintu sempadan pada 1 April lalu.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Yeoh Soon Hin menjelaskan bahawa peningkatan peratusan tersebut dibuat berdasarkan jumlah penerbangan terus antarabangsa yang meningkat daripada 12 penerbangan setiap minggu pada Januari kepada 106 penerbangan pada Julai tahun ini.

Mengulas lanjut, pihaknya bersama beberapa agensi industri termasuk Tourism Malaysia telah merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi merancakkan semula industri pelancongan di Pulau Pinang sejajar dengan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang 2021-2030 dan memastikan Pulau Pinang tetap relevan sebagai destinasi pilihan pelancong.

Sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …