PROGRAM ‘KESELAMATAN KOMUNITI TANGGUNGJAWAB BERSAMA’ DENGAN KOMUNITI RELA BATU PAHAT, JOHOR

BATU PAHAT, 20 Jun 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor telah menganjurkan Program Keselamatan Komuniti Tanggungjawab Bersama pada 19 Jun 2022 di Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor, Batu Pahat, Johor.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan berkongsi maklumat dengan anggota RELA Daerah Batu Pahat, Johor mengenai keselamatan komuniti yang menjadi antara intipati utama di dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Mohd Nazri bin Md Nor, Pegawai RELA Daerah Batu Pahat. Selain pendedahan mengenai DKN 2021-2025, peserta turut didedahkan mengenai Keselamatan Komuniti oleh ASP Wan Ninee Aryantee Binti Wan Mohd Pauzi, ASP Keselamatan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), IPK Johor.

MKNJ berharap anggota RELA yang terlibat dapat banyak manfaat daripada perkongsian yang diberikan untuk digunakan dalam melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan negara Malaysia terus kekal berdaulat, aman dan sejahtera.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut