PEMANTAUAN KAWASAN BERISIKO BANJIR KILAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Unit Tanjung Bungah telah membuat pemantauan di dua (2) lokasi yang berpontensi berlakunya banjir kilat iaitu kawasan sekitar Sungai Batu Ferringhi dan Sungai Teluk Bahang pada 12 Julai 2022.

Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), satu sistem cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke timur Vietnam dalam tempoh 9 -13 Julai 2022. Keadaan ini berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai, seterusnya mengakibatkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung dalam tempoh 11 – 13 Julai 2022.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. Serentak itu juga, semua agensi yang berkaitan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk bantuan menyelamat jika berlaku sebarang situasi kecemasan di kawasan-kawasan yang berkenaan.

Sumber : APM Unit Tg. Bungah &  Malaysian Meteorological Department

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …