COVID-19- PERAK MEMBUKA PPG KEDUA SELEPAS TAIPING

Sumber Foto : Perak Today
Sumber Foto : Perak Today

IPOH, 19 April 2020 – Selepas di Taiping, Perak kini membuka sebuah lagi Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) sementara bagi membela nasib golongan itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pusat Penempatan sementara itu yang terletak di Arena Badminton Perak, dekat sini mula beroperasi pada 18 April 2020  itu mampu menempatkan 77 unit khemah kubikel yang mana 64 khemah untuk lelaki dan 13 khemah untuk wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata sehingga kini seramai 49 gelandangan berjaya ditempatkan di pusat tersebut. Katanya daripada bilangan itu, 46 terdiri daripada lelaki dan 3 perempuan yang kesemuanya dibawa dari sekitar Bandaraya Ipoh. Jelasnya kesemua mereka yang berumur antara 21 sehingga 78 tahun turut telah disaring oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Imigresen, serta Jabatan Pendaftaran Negara.

Semoga PPG ini mampu memberikan keselesaan kepada para gelandangan sekitar Ipoh dan seterusnya mampu menyekat penularan wabak Covid19.

 

Sumber berita : FB Faizal Azumu dan Perak Today

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut