PERAK NEGERI TERATAS DALAM SENARAI TERBAIK PERANGI COVID-19

Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah Sumber Foto : FB Faizal Azumu

IPOH, 19 April 2020 – Negeri Perak muncul  negeri yang teratas dalam senarai negeri-negeri yang mencatatkan perkembangan terbaik dalam memerangi penularan pandemik Covid-19. Data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan Perak mempunyai bilangan kes aktif terendah, iaitu 25 pesakit (9.9 peratus) yang masih menjalani rawatan berbanding dengan jumlah 252 kes positif jangkitan Covid-19 yang telah direkodkan. Satu lagi khabar menggembirakan untuk dikongsi – Perak adalah salah satu daripada enam negeri yang bebas daripada klasifikasi Zon Merah bagi kes aktif, susulan penurunan jumlah kes jangkitan baharu. Sesuatu daerah diklasifikasikan sebagai Zon Merah apabila bilangan kes aktif melebihi 41 kes.

Menteri Besar Perak mengucapkan  tahniah dan syabas kepada setiap petugas barisan hadapan perubatan, keselamatan dan pentadbiran yang telah bekerja keras bagi mencapai angka-angka yang melegakan ini. Tahniah juga turut diucapkan oleh beliau kepada semua rakyat negeri Perak yang telah memberi komitmen terbaik mematuhi PKP. Beliau turut berharap semoga rakyat terus mematuhi PKP, amalkan penjarakan sosial, selalu cuci tangan dan jaga kebersihan diri bagi memastikan negara kita akan bebas dari wabak Covid-19.

Sumber Foto : FB Faizal Azumu

Sumber berita : FB Faizal Azumu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …