MALAYSIA DAN TURKIYE METERAI TUJUH MOU UNTUK TERUS PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Para pegawai Malaysia dan Turkiye daripada sektor awam mahupun swasta pada 7 Julai 2020 telah menandatangani tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) dalam pelbagai bidang bagi terus memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya, Presiden Recep Tayyip Erdogan telah menyaksikan majlis menandatangani MoU itu di Istana Presiden di Turkiye yang merintis jalan kepada kerjasama dan perkongsian pengetahuan dalam bidang sains, pertahanan, teknologi serta akademik.

Antara pihak yang menandatangani MoU ialah Kementerian Kesihatan kedua-dua negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan Direktorat Komunikasi Turkiye; Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dengan Institusi Penyelidikan Saintifik dan Teknologi Turkiye (Tubitak). MIGHT turut menandatangani MOU dengan Turkish Aerospace Industries (TAI) disusuli SilTerra Malaysia Sdn Bhd dengan TUYAR Mikroelektronik AŞ; MA Analytics Sdn Bhd dengan Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE) dan NS corporation dengan TAI. –

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut