PASUKAN JIHAD TANGANI INFLASI ARAH AGENSI LIHAT MEKANISME UNTUK TURUNKAN HARGA MINYAK MASAK – ANNUAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi telah mengarahkan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengkaji mekanisme bagi menurunkan harga runcit minyak masak di pasaran, susulan penurunan harga minyak sawit di dunia. Dalam satu sidang media berkaitan Pasukan Khas Tangani Inflasi di Bangunan Perdana Putra pada 7 Julai 2022, Tan Sri Annuar Musa berkata agensi terbabit, yang termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah diarah untuk mengadakan sesi libat urus dengan 22 pengeluar minyak yang sedang beroperasi untuk meninjau mekanisme bagi tujuan itu. Beliau berkata pasukan khas itu akan memantau harga sebenar minyak sawit dalam masa terdekat dan apabila kadar itu turun lebih rendah daripada nilai ambang berkenaan, pengilang dan peruncit harus memberi komitmen menurunkan harga minyak yang dijual. Tambah beliau, pasukan khas itu akan memastikan tindakan tegas dan berterusan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam ketirisan bekalan minyak masak yang berlaku secara berleluasa sejak dahulu lagi. Beliau seterusnya berjanji Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan terus mendapatkan maklumat secara mendalam sekiranya masih terdapat pengilang yang turut terlibat dalam kegiatan penyeludupan dan penjualan minyak masak bersubsidi secara pukal bagi tujuan lain.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …