MALAYSIA, TURKIYE SETUJU PASTIKAN RANTAIAN MAKANAN SENTIASA MENCUKUPI DAN STABIL

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Diplomasi Ekonomi)

Malaysia dan Turkiye pada 7 Julai 2022 telah bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi serta stabil. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dalam satu sesi lawatan kerja ke negara berkenaan, beliau dan Presiden Recep Tayyip Erdogan sependapat bahawa isu keselamatan makanan kian meruncing akibat pandemik COVID-19. Menurut Ismail Sabri, yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke republik itu atas jemputan Erdogan, antara langkah segera bagi mendepani isu ini yang diambil Malaysia dan Turkiye ialah untuk meningkatkan perdagangan produk makanan, dan akan terus menjalinkan kerjasama yang meliputi perkongsian maklumat serta pengalaman. Pada masa sama, kedua-dua negara akan memperkasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor makanan bagi meningkatkan keupayaan menghasilkan sumber makanan serta kelangsungan sekuriti makanan untuk berada pada tahap yang stabil.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …