LRA SUNGAI DUA PULAU PINANG PULIH SEPENUHNYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Krisis Keselamatan)

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjangkakan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua di sini dapat menghasilkan air terawat dengan kapasiti penuh untuk disalurkan kepada pengguna menjelang 6 petang, 7 Julai 2022. Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata ketika ini kapasiti pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua telah mencapai 61 peratus dengan 48 peratus daripada 660,000 pemegang akaun terjejas dengan bekalan air sejak semalam telah menerima bekalan air. Terdahulu Chow yang juga Pengerusi PBAPP mengadakan lawatan di LRA Sungai Dua bagi melihat operasi loji itu selepas ia dihentikan selama empat jam berikutan kadar kekeruhan air mentah (NTU) yang tinggi akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah Isnin lepas. LRA itu dihentikan operasi bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan keadaan tersebut menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang mengalami gangguan serta terjejas bekalan air. NTU merujuk kepada “Unit Kekeruhan Nephelometric” atau “Nephelometric Turbidity Unit” iaitu unit yang digunakan untuk mengukur kehadiran zarah atau jirim terampai dalam air.

Sumber: Laman Web BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …