SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE-14 PENGISYTIHARAN MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA-UNESCO

Melaka sebuah negeri warisan yang mempunyai kepentingan besar kepada negara sejak lebih 600 tahun dahulu sebagai pusat perdagangan dan perniagaan terkemuka di Asia Tenggara yang menjadi pelabuhan unggul bermula di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Keunikan di Melaka seperti yang dapat kita lihat hari ini terhasil dari manfaat pertukaran budaya antara timur dan barat. Pengaruh-pengaruh Asia dan Eropah telah membentuk warisan pelbagai budaya yang mengagumkan dilengkapi dengan nilai-nilai warisan ketara seperti makanan, pakaian, tarian, adat dan agama.
Melaka bersama-sama dengan George Town telah membuktikan keunikannya sehingga terpilih sebagai Bandar Warisan Dunia dibawah nama “Melaka dan George Town : Bandaraya Bersejarah di Selat Melaka ” oleh UNESCO pada tanggal 7 Julai 2008. Melaka sendiri mewakili contoh luar biasa bagi bandar-bandar perdagangan multibudaya di Timur dan Asia Tenggara, terbentuk dari pertukaran perdagangan dan tamadun budaya Melayu, Cina, India dan Eropah.
Adalah menjadi tanggungjawab kita semua agar sumber warisan ini dikekalkan, dipelihara dan dilindungi. Usaha pengekalan seperti ini amat penting dan perlu bagi semua pihak tidak kira bangsa, agama mahupun peringkat usia.
Selamat Menyambut Ulangtahun Ke-14
MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA-UNESCO
7 Julai 2022
Sumber: Melaka World Heritage

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …