PENGUATKUASAAN SELEWENG MINYAK MASAK DIPERKETAT

JASIN 7 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNHEP) Melaka memantau kira-kira 200 premis di negeri ini yang disyaki terbabit dalam penyelewengan minyak masak bersubsidi termasuk menyorok bekalan.

EXCO Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu dikesan pasukan penguatkuasa dalam operasi yang dijalankan.

Beliau berkata, premis terbabit disyaki cuba menyimpan bekalan masak peket ini dan akan menjual kepada pihak tertentu seperti restoran.

“KPDNHEP kini sedang memantau antara 100 hingga 200 premis yang disyaki. Ia membabitkan semua lapisan iaitu syarikat pemborong, pembungkus dan peruncit.

“Jadi saya mohon kepada semua premis ini kalau masih berbuat demikian berhenti sekarang. Selepas ini jika ada bukti dan serbuan tiada lagi amaran sebaliknya terus kompaun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Pasar Borong Jasin, hari ini.

Katanya, selain melakukan pemeriksaan ke premis, KPDNHEP juga turut mengadakan audit dan pemutihan bagi melihat bekalan minyak masak peket diperoleh itu dibawa kepada pihak mana.

“Dengan audit dan pemutihan ini kita boleh kesan di mana berlaku kebocoran atau adakah pengedaran sampai ke pengguna.

“Minyak masak peket ini untuk pengguna tidak adil jika ia dijual kepada pengusaha makanan atau restoran malah KPDNHEP turut tidak membenarkan ia dijual secara ‘booking’,” katanya.

Sementara itu, Hee Sem berkata, sepanjang Ops ATM (Ayam, Telur, Minyak Masak) bermula 23 Jun lalu sebanyak 69 premis pelbagai peringkat di seluruh negeri Melaka sudah diperiksa namun tiada sebarang kompaun dikeluarkan KPDNHEP.

“Untuk aktiviti pemeriksaan bermula awal tahun hingga hari ini sebanyak 240 kes dihasilkan termasuk kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Selain itu sebanyak 164 notis juga dikeluarkan kepada peniaga bertujuan mengesan sebarang kemungkinan aktiviti pencatutan yang dilakukan oleh peniaga,” katanya.

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut