STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV BERWAJAH BAHARU

 

KOTA DARULNAIM – Stadium Sultan Muhammad IV berwajah baharu setelah kerja-kerja menaik taraf stadium tersebut dilaksanakan.
Proses naik taraf yang bermula September tahun lalu menelan belanja RM5.5 juta secara keseluruhan dan dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Wan Roslan Wan Hamat berkata, kerja-kerja naik taraf stadium tersebut merangkumi pemasangan lampu limpah baharu yang mematuhi standard Malaysian Football League (MFL), baik pulih bilik persalinan pemain dan tandas awam untuk penonton serta pemasangan blok laluan di pintu masuk astaka stadium.
“Kos bagi penukaran empat unit lampu limpah sahaja telah mencecah RM3.4 juta dan ia perlu ditukar segera kerana usianya telah hampir setengah abad,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Tambahnya, selain peruntukan RM5 juta yang disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan RM400 ribu peruntukan di bawah Program Strategik Pemerkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) tahun 2021, Kerajaan Negeri melalui portfolionya juga telah meluluskan RM100 ribu lagi untuk menyempurnakan kerja-kerja naik taraf tempat duduk penonton di astaka supaya dapat menampung 1,600 penonton berbanding 1,200 penonton sahaja sebelum ini.

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Seberang …
Maklumat Lanjut

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 5 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 28 April 2024 • 1 lokaliti di daerah Jeli • 2 lokaliti di …
Maklumat Lanjut

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut