KELANTAN SUMBANG RM50 RIBU KEPADA MANGSA BANJIR KEDAH

 

KOTA DARULNAIM – Kerajaan Negeri Kelantan bersolidariti bersama mangsa bencana banjir di Kedah melalui sumbangan RM50 ribu.
Melalui kenyataan media, Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bencana banjir yang berlaku di Kedah yang menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda.
“Sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, Kerajaan Negeri bersetuju menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah. Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi melancarkan operasi pemulihan pasca bencana”, catatnya melalui kenyataan tersebut, hari ini.
Terdahulu, media melaporkan 69 rumah terjejas dalam kejadian banjir kilat yang berpunca daripada hujan lebat sekitar pukul 2 petang selama tiga jam pada Isnin lalu menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …