DAPATKAN RAWATAN ORTODONTIK DARIPADA DOKTOR BERTAULIAH DARIPADA MERANA SEUMUR HIDUP DEMI KECANTIKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (KESELAMATAN KESIHATAN)

Kebelakangan ini terdapat trend pemakaian pendakap gigi palsu yang ditawarkan oleh golongan tidak bertanggungjawab. Rakyat Malaysia haruslah cakna akan keselamatan diri dalam mendapatkan perkhidmatan pendakap gigi oleh entiti yang menawarkan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi yang jauh lebih murah daripada harga yang ditawarkan oleh klinik-klinik bertauliah.

Hanya doktor pakar yang bertauliah sahaja yang mempunyai peralatan dan pengetahuan yang luas akan pemasangan pendakap gigi dan perkara-perkara berkaitan Ortodontik. Jika berlaku isu atau masalah terhadap pendakap gigi tersebut, kita boleh terus merujuk kepada pakar tersebut berbanding dengan individu-individu yang hanya semberono menjadi “tukang” pemasang pendakap gigi kepada pelanggan namun melarikan diri apabila berlaku masalah terhadap pendakap gigi tersebut.

Tanamkan dalam diri kita sifat curiga dan pemikiran “too good to be true” apabila mendapatkan rawatan kesihatan, kecantikan atau apa-apa perkara sekalipun dalam era sekarang. Kesihatan Kita Tanggungjawab Kita.

 

Sumber rujukan:

Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …