HIMPUNAN SENI SILAT MELAYU PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Integrasi Nasional)

Majlis Bersilaturrahim Himpunan Seni Silat Melayu Pulau Pinang telah diadakan pada 3 Julai 2022 bertempat di Kepala Batas, Pulau Pinang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Warisan, Kesenian, Budaya Dan Pelancongan Bumiputera Pula Pinang, Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Seri Reezal menekankan kepentingan silat sebagai warisan yang sangat berharga dalam budaya dan warisan orang Melayu yang perlu dipertahankan. Silat telah berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

 

Reezal, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang turut mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada Jawatankuasa Focus Group Warisan, Kesenian, Budaya, dan Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang bagi tujuan mengadakan karnival silat di negeri itu.

Program itu diharapkan dapat mempamerkan persilatan Melayu Negeri Pulau Pinang, sekali gus menjadi jalan untuk menyatukan serta mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Sumber Rujukan : Sinar Harian & Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …