MAIM TINGKATKAN BANTUAN ZAKAT, BANTU TAMPUNG KOS SARA HIDUP

KOTA MELAKA – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan terus menaikkan kadar bantuan zakat kepada penerima bagi menampung peningkatan kos sara hidup.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, bermula Aidilfitri lepas MAIM sudahpun menaikkan kadar bantuan zakat kepada kira-kira 9,000 penerima yang layak.

Beliau berkata, walaupun pertambahan itu sudah dinaikkan kira-kira lima peratus namun pihaknya bercadang akan terus menaikkan kadar bantuan sekiranya kutipan zakat diperoleh mencapai sasaran RM113 juta.

“Sebenarnya kita sudah pun mulakan berkuat kuasa Aidilfitri lalu, misalnya bantuan bulanan dari RM200 dinaikkan ke RM250 dan kit makanan RM40 ke RM50.

“Kita juga masih memikirkan lagi penambahan seterusnya sekiranya mendapati bahawa kutipan zakat terus meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidiladha Peringkat Kota Melaka yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, di Masjid Kampung Ulu, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman pada
Majlis Penyerahan Sumbangan Aidiladha Peringkat Kota Melaka.

Menurutnya, bagaimanapun kadar kenaikan itu akan ditentukan selepas kutipan zakat diperoleh kelak.

Media sebelum ini melaporkan, Pakar Kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berpandangan bantuan zakat perlu dinaikkan dengan mengambil kira kadar inflasi semasa dan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Mohd Daud yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, langkah itu bagi memastikan rakyat yang tergelincir ke kelompok asnaf dapat dibantu.

 

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …