KOMUNITI BEBAS DADAH – PAMERAN ANTI DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang telah mengadakan Promosi Program Fit @ Active Family Peringkat Pulau Pinang pada 3 Julai 2022 (Ahad) jam 08.00 pagi di Dewan Perda Sungai Acheh, Pulau Pinang.

Turut diadakan di dalam program ini adalah pameran Antidadah oleh AADK Daerah Seberang Perai Selatan. Pameran ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada penduduk setempat berkaitan jenis-jenis dadah serta bahayanya dadah kepada masyarakat. Orang ramai mengambil peluang ini untuk mengetahui dengan lebih jelas dan mendengar sendiri penerangan daripada petugas daripada AADK Daerah SPS.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mansor bin Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar Dan Air merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Sumber : AADK SPS

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …