KEMPEN PENCEGAHAN DENGGI (KOM-BEAT DENGGI 2.0) MBSP BERSAMA PENDUDUK TAMAN SIAKAP, SEBERANG JAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2022

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik Dan Keselamatan Kesihatan)

SEBERANG JAYA, 3 Julai 2022 – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Pulau Pinang dengan kerjasama daripada Ahli Majlis MBSP iaitu YBrs. Encik Fahmi bin Zainol serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), MPKK Taman Siakap, COMBI KRT Siakap 2, JPWK serta komuniti sekitar telah mengadakan program Gotong-Royong Mega Banteras Denggi Taman Siakap sempena Kempen Pencegahan Denggi (Kom-Beat Denggi 2.0) bersama penduduk Taman Siakap, Seberang Jaya.

Program Gotong-royong ini bertujuan untuk membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk serta membersihkan kawasan sekitar Flat Taman Siakap memandangkan kawasan ini telah merekodkan kes Denggi. Di samping itu, kempen-kempen kesedaran turut diberikan kepada penduduk sekitar agar sentiasa menjaga kawasan rumah masing-masing bagi memastikan tiada peluang pembiakan nyamuk aedes dapat berlaku di sekitar rumah.

Selain itu, Jabatan Pengurusan Krisis MBSP juga turut memberi tunjuk ajar kepada penduduk sekitar tentang tatacara menggunakan peralatan pemotong pokok (chainsaw) serta memberi pendedahan tentang peralatan yang digunakan serta latihan praktikal agar penduduk boleh bersama-sama menjaga persekitaran kawasan perumahan masing-masing kelak.

Sumber : MBSP

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …