TAYANGAN FILEM BANTU PERKENAL PAHLAWAN DAN TOKOH PEJUANG KEPADA MASYARAKAT

WP LABUAN – Aura Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ‘menyerang’ bumi Labuan apabila tayangannya mendapat sambutan hangat penonton tempatan di wilayah itu.

Tinjauan pada satu sesi tayangan filem arahan Syamsul Yusof itu mendapati sekumpulan penonton lengkap berpakaian ala pendekar melayu memenuhi satu-satunya pawagam yang ada di sana.

Menurut salah seorang penonton yang ditemui, Ardillah Arsat, 44, filem itu nyata membangkitkan semangatnya sebagai seorang anak melayu.

“Filem ini membangkitkan semangat saya sebagai anak melayu untuk terus memperjuangkan hak melayu di bumi sendiri dan mengukuhkan lagi jati diri yang diperjuangkan pahlawan melayu di masa lalu.

“Penghasilan filem sebegini perlu diteruskan kerana ia mendapat sambutan yang menggalakkan dan boleh memperkenalkan pahlawan atau tokoh pejuang terdahulu kepada golongan muda di negara ini,”katanya.

Seorang lagi penonton Jumat Saruji 57, turut berkongsi rasa bangga dengan filem yang mengisahkan keperitan pahlawan melayu membela nasib bangsanya.

“Filem ini sangat bermakna terutama dalam mengajar anak muda mengenai kisah kesusahan yang dilalui orang tempatan semasa zaman penjajahan dahulu.

“Filem-filem seperti ini harus diutamakan oleh para penggiat filem berbanding filem berbentuk hiburan semata-mata, tonjolkan pahlawan atau tokoh-tokoh pejuang yang lain agar anak – anak muda sedar bukan mudah untuk mengecapi keamanan yang dirasai selama ini,”jelasnya yang ditemui pada Program Tayangan Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan anjuran bersama Pejabat Pengerusi Perbadanan Labuan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 1 semalam.

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Ab Rasil Hajatil dan para pimpinan MPP Sub Zon 1.

SUMBER: WARTA ORIENTAL

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut