MESYUARAT PERMASALAHAN PARKIR DI PPAM SADERI, PPAM JINTAN DAN KUARTERS PRESINT 16-1C, PUTRAJAYA

May be an image of 9 people and people standing

PUTRAJAYA, 29 Jun 2022 – Mesyuarat Permasalahan Parkir Di PPAM Saderi, PPAM Jintan dan Kuarters Presint 16-1C, Putrajaya telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya IPD Putrajaya.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YDH ACP A.Asmadi Bin Hj. Abdul Aziz, Ketua Polis Daerah Putrajaya dan dihadiri wakil-wakil daripada Perbadanan Putrajaya, Badan Pengurusan PPAM yang terlibat, Persatuan Penduduk, Pengurusan Parking Alamanda serta pegawai kanan dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Putrajaya.

Objektif mesyuarat ini diadakan bagi mengenalpasti permasalahan penduduk di kawasan yang terlibat terutamanya masalah parkir kenderaan serta mencari alternatif dan solusi bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

Antaranya adalah, memperkenalkan pelekat kenderaan bagi memastikan hanya kenderaan milik penduduk perumahan berkenaan sahaja dibenarkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan parkir.

Kon atau “barrier” perlu diletakkan di kawasan yang kritikal dan susur yang boleh menghalang laluan penduduk dan kenderaan kecemasan serta larangan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan bagi mengelakkan laluan terhalang.

Selain itu, pihak Alamanda turut bercadang untuk membawa permasalahan kekurangan parkir penduduk setempat kepada pihak pengurusan tertinggi agar parkir lot di Alamanda boleh dijadikan sebagai “season night parking” untuk penghuni residen di sekitar bagi mengurangkan masalah petak parkir yang dihadapi.

Pihak Perbadanan Putrajaya juga akan menunda kenderaan yang ditinggalkan terlalu lama dikawasan parkir, agar lot parkir dapat digunakan oleh penduduk yang memerlukan.

#ipdptjjun2022

#jomlikefbPolisKL

#jomlikefbIpdputrajaya

SUMBER: FB IPD PUTRAJAYA https://www.facebook.com/IPDPutrajaya1

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …