KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM (KPA) DI SITA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menyita sebuah Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) – Bas Pekerja atas kesalahan pemandu tiada lesen memandu, Tiada Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsuran serta perakuan pemeriksaan puspakom tamat tempoh.

Sikap pemandu dan pengusaha KPA mengabaikan undang-undang yang berkuatkuasa semasa menjalankan perkhidmatan KPA serta membawa penumpang boleh mengundang risiko tidak dilindungi lnsuran sekiranya berlaku kemalangan terutama membabitkan kemalangan maut. JPJ Negeri Pulau Pinang memandang serius tindakan segelintir pemandu dan pengusaha KPA yang mengabaikan peraturan dan undang-undang perlu memiliki lesen memandu dan LKM yang berkuatkuasa semasa menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam dan memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

Sumber:

Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …