S&P YAKIN DENGAN PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Semakan semula prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’ oleh S&P Global Ratings membuktikan keyakinannya terhadap usaha konsolidasi fiskal dan memperkasa pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran, Malaysia mampu mengekalkan kadar pertumbuhan yang menggalakkan.

Selain itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, turut memaklumkan, S&P menyemak semula prospek penarafan Malaysia berikutan ia percaya negara pada landasan pemulihan ekonomi yang kukuh berbanding negara lain pada tahap pendapatan yang sama.

S&P mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 6.1 peratus pada tahun ini dan 5.0 peratus pada 2023 disokong eksport kukuh, harga komoditi dan permintaan domestik yang tinggi berikutan pembukaan semula ekonomi.

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …