OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN RONDAAN PENGUATKUASAAN JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL)

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2022 – Pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan rondaan penguatkuasaan selepas waktu pejabat di Jalan Peel, Maluri, Pusat Industri Capital dan Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur bermula pada jam 8 malam hingga 1 pagi. Aduan pencemaran alam sekitar diterima pada hari tersebut dimana terdapat pembakaran terbuka di kawasan yang diadu. Kawasan itu juga menjadi tumpuan pembuangan sisa palet kayu. Namun, tiada pelaku dijumpai.

Pegawai JASWPKL telah memadam api yang masih dilihat dan menampal poster Larangan Pembakaran Terbuka di sekitar kawasan. Lawatan susulan akan dijalankan dari semasa ke semasa ke kawasan ini bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran terbuka.
Jabatan Alam Sekitar sentiasa memberi peringatan kepada orang awam mengenai tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000.00 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.
Sumber : FB JABATAN ALAM SEKITAR https://www.facebook.com/doe.gov.my

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …