KOMITED MEMBANTERAS KEGIATAN HARAM DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, Pada 26 Jun yang lepas, YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan turut serta dalam ‘Operasi Bersepadu’ di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. DBKL dengan kerjasama agensi sahabat seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melaksanakan ‘Operasi Bersepadu’ di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertujuan untuk membanteras kegiatan haram melibatkan premis yang menjalankan aktiviti rumah urut, pelacuran yang melanggar syarat lesen serta lain-lain kesalahan dibawah agensi sahabat (salahguna visa pelawat/ kesalahan syariah).

#OurCityOurHome

#LangkahPanglima

#KeluargaMalaysia

Jalaluddin Alias

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Sumber : FB KEMENTERIAN MENTERI WILAYAH https://www.facebook.com/KemWP

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …