SESI KUNJUNGAN HORMAT KE IBU PEJABAT POLIS KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2022 – YDH CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat di Pejabat Ketua Polis Kuala Lumpur, Tingkat 12, Menara A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur daripada beberapa tetamu seperti berikut:-

Sesi Pertama: Kunjungan Hormat YBhg. Tuan Haji Awang @ Musran Tawil, Pemangku Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Turut hadir adalah YDH ACP Samad bin Yahya, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Polis Kuala Lumpur dan YDH Supt. Zurhan Bin Mat Noor, Timbalan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Polis Kuala Lumpur

Sesi Kedua: Kunjungan Hormat Mr. Thomas Albrecht, Representative, UNHCR Representation In Kuala Lumpur. Turut hadir adalah YDH SAC Datuk Abu Samah bin Mohd Noor, Ketua Cawangan Khas Polis Kuala Lumpur; YDH SAC Habibi bin Hj. Majinji, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur; DSP Azaha Bin Mamat, Pegawai Turus Gerakan / Risik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Kuala Lumpur dan DSP Rajendran a/l Kanasan, Timbalan Pengawal Pusat Kawalan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan erat di antara agensi-agensi tersebut dengan Polis Kuala Lumpur di samping berkongsi maklumat serta bertukar-tukar pendapat.

SUMBER: FB POLIS KL https://www.facebook.com/PolisKL

 

Artikel/Berita Terkini

HAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung. Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.  Hapuskan tempat pembiakan Aedes …

NAK GUNA LOGO HALAL PALSU?

𝐍𝐀𝐊 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐋𝐎𝐆𝐎 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐋 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔??​Peniaga dan pemilik syarikat, pastikan logo Halal yang anda gunakan adalah sah dan mendapat perakuan terus …

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 bakal menghimpunkan seluruh warga tanah air pada 31 Ogos 2026, bermula pukul 7.00 pagi bertempat di …