PROGRAM KESEDARAN PENGGUNA BERSAMA KOMUNITI

 

TANAH MERAH 25 Jun : Seksyen Pendayaupayaan Pengguna KPDNHEP Kelantan bersama Pejabat KPDNHEP Cawangan Tanah Merah dan Gerakan Pengguna Daerah, Tanah Merah telah menganjurkan Program Kesedaran Pengguna bersama Komuniti Pengguna Taman SL Suria, bertempat di Padang Taman SL Suria, Tanah Merah, Kelantan.
Objektif pelaksanaan bagi memberi kesedaran kepenggunaan kepada masyarakat dalam menangani kos sara hidup dan beban rakyat, menyebar luas peranan KPDNHEP kepada masyarakat luar bandar dan mengeratkan kerjasama di antara agensi kerajaan dengan masyarakat.
Program telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan satu taklimat kepenggunaan disampaikan oleh YBrs. Tuan Zainudin bin Muhammad, Timbalan Ketua Cawangan, KPDNHEP Tanah Merah kepada semua penduduk taman disini hari ini dan turut diadakan sukaneka penduduk komuniti di Taman SL Suria, Tanah Merah, Kelantan.
Turut hadir bersama YB. Dato’ Haji Abdul Fatah bin Mahmood, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Panau, YBrs. Tuan Ahmad Azizi bin Abdul Kadir, Ketua Cawangan KPDNHEP Tanah Merah dan YBrs. Tn Haji Nasir bin Che Amat, Pengerusi NGO Sahabat Parlimen Tanah Merah.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …