CUBAAN PENYELUDUPAN BARANG KAWALAN DI SEMPADAN BERJAYA DIPATAHKAN

 

TANAH MERAH 25 Jun : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Tanah Merah hari ini telah menerima 2 serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 8, berhubung penyeludupan barang kawalan ke sempadan negara.
Rampasan telah dibuat keatas minyak petrol anggaran sebanyak 170 liter yang diisi didalam 5 tong plastik bersama-sama dengan sebuah kenderaan Proton Iswara yang ditahan semasa membuat pengisian bahan bakar tersebut di sebuah stesen minyak di daerah ini.
Turut ditahan pemandu kenderaan tersebut merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 20an . Nilai rampasan terhadap barang kawalan dianggarkan berjumlah RM348.50 dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan tersebut adalah sebanyak RM2, 348.50.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan penguat kuasa KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …