TVET: BUKA PELUANG KEPADA BELIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Akses Pendidikan Kepada Semua)

Bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu dilihat sebagai peluang kepada golongan belia di negara ini mendapat pekerjaan dan meraih pendapatan setimpal pada masa hadapan. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihak industri perlu melihat imej TVET kini adalah sebahagian bidang profesional di mana pekerjanya perlu ditawar gaji setimpal kelayakan dan kemahiran mereka.

Katanya, jika perkara itu dapat dicapai, maka pendidikan TVET bakal menjadi pilihan golongan belia melanjutkan pelajaran, sekali gus menangkis tanggapan negatif mengenai bidang itu. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 yang berlangsung di Amanjaya Mall pada 23 Jun 2022.

Beliau turut memaklumkan bahawa dijangkakan lepasan pelajar TVET@KPLB bakal mengisi ruang dan peluang sebagai pekerja mahir tersebut berikutan kerjasama MARA dan universiti di Jepun sejak 1993 lagi melalui Program Pendidikan Tinggi Malaysia-Jepun (MJHEP) yang kini dikenali sebagai Program Universiti Jepun (JUP).

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …