KEGIATAN ‘SCAMMER’ BADAL HAJI PALSU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menjalankan aktiviti penipuan berkaitan pakej haji dan umrah.  Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata, itu antara tindakan tegas boleh diambil pihaknya, selain menarik balik lesen atau menyenarai hitam agensi pelancongan itu.

Bagaimanapun Nancy berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau mengesan mana-mana syarikat yang cuba mengambil kesempatan ketika umat Islam di negara ini mahu menunaikan ibadah berkenaan. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil kepada 333 graduan dalam Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada 23 Jun 2022, di MOTAC.

Media sebelum ini melaporkan beberapa agensi haji dan umrah yang menawarkan khidmat mengerjakan badal haji musim ini dengan pelbagai pakej dan bayaran murah antara RM1,700 hingga RM3,000 seorang. Tawaran harga itu dilihat meragukan serta tidak sepadan disebabkan beberapa peraturan ketat ditetapkan kerajaan Arab Saudi untuk umrah dan haji.

Ini berikutan untuk mengupah penduduk bermastautin di Arab Saudi melakukan ibadah itu, mereka perlu mempunyai permit untuk memasuki Arafah dengan bayaran SR12,000 (RM14,000) seorang berbanding sebelum ini SR2,500 (RM2,900) saja. Selain itu, terdapat gelang khas yang perlu dipakai jemaah haji untuk melepasi pintu di Arafah bagi mengelakkan lambakan jemaah haji di situ.

Sumber:

Harian Metro

 

 

Artikel/Berita Terkini

FASA PERALIHAN MONSUN

FASA PERALIHAN MONSUN Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, hal ini susulan permulaan fasa peralihan monsun …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN PERKENAL SKIM INSENTIF SOLARIS GALAK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV DI KEDIAMAN MELALUI PROGRAM NEM

KERAJAAN PERKENAL SKIM INSENTIF SOLARIS GALAK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV DI KEDIAMAN MELALUI PROGRAM NEM Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan …
Maklumat Lanjut

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut